Wednesday, July 7, 2010

Long Life Learning (3L)

BUILT- IN CABINET

(Kitchen Cabinet)


PENGENALAN


Program ini dirangka untuk mendalami pembinaan built in cabinet secara jangkapendek yang dilaksanakan secara lebih fleksibel berdasarkan system modul.

Program ini menjadi platform kepada semua pusat untuk menyediakan khidmat kepakaran kepada masyarakat setempat sebagai satu usaha sosial.


OBJEKTIF


  1. Memberi latihan jangka pendek kepada graduan menganggur.

  2. Memberi peluang kedua kepada pelatih IKM yang gagal.

  3. Memberi peluang kepada lepasan GIATMARA menyambung pelajaran.

  4. Lepasan SPM yang tidak layak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

  5. Menyediakan platform kepada orang awam yang berminat untuk menjadi usahawan teknikal.


KELAYAKAN MINIMA


  • Lepasan SPM

  • Boleh membaca,menulis dan mengira

  • Sihat tubuh badan serta tidak rabun warna.

TEMPOH PEMBELAJARAN


  • Latihan Teknikal selama 5 bulan

  • Latihan keusahawanan selama 1 bulan


WAKTU PEMBELAJARAN


Sepenuh masa : Isnin – Jumaat

: 7.45 pagi – 4.45 petang



SUBJEK YANG DIPELAJARI


SUBJEK TEKNIKAL

Lukisan teknikal,Penyediaan dan pemilihan bahan,Pengendalian mesin,pembinaan Kerangka,Pintu,laci, Pemilihan & pemasangan Hardware, lekapan,singki,dapur dan perkara berkaitan serta kemasiapan.


SUBJEK KEUSAHAWANAN

Motivasi Usahawan,Membina jaringan Pembekal,Membina jaringan rakan niaga,Lawatan Latihan asas perniagaan dan penyediaan rancangan pernigaan.


ELAUN


Elaun sebanyak RM 210 sebulan selama enam bulan.


KEMUDAHAN PENGINAPAN

Peserta yang tinggal diluar dari jarak 25km dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan asrama.


PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Secara “ module base”.Latihan berdasarkan 75% praktikal/amali (hands on) dan 25% teori.


SISTEM PENILAIAN


Berdasarkan kaedah keterimpalan

( Competency based education)


PENGANUGERAHAN SIJIL


Pelatih yang tamat (terampil) akan mendapat Sijil kemahiran MARA (SKMA)