BUILT- IN CABINET
(Kitchen Cabinet)
PENGENALAN
Program ini dirangka untuk mendalami pembinaan built in cabinet secara jangkapendek yang dilaksanakan secara lebih fleksibel berdasarkan system modul.
Program ini menjadi platform kepada semua pusat untuk menyediakan khidmat kepakaran kepada masyarakat setempat sebagai satu usaha sosial.
OBJEKTIF
Memberi latihan jangka pendek kepada graduan menganggur.
Memberi peluang kedua kepada pelatih IKM yang gagal.
Memberi peluang kepada lepasan GIATMARA menyambung pelajaran.
Lepasan SPM yang tidak layak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Menyediakan platform kepada orang awam yang berminat untuk menjadi usahawan teknikal.
KELAYAKAN MINIMA
Lepasan SPM
Boleh membaca,menulis dan mengira
Sihat tubuh badan serta tidak rabun warna.
TEMPOH PEMBELAJARAN
Latihan Teknikal selama 5 bulan
Latihan keusahawanan selama 1 bulan
WAKTU PEMBELAJARAN
Sepenuh masa : Isnin – Jumaat
: 7.45 pagi – 4.45 petang
SUBJEK YANG DIPELAJARI
SUBJEK TEKNIKAL
Lukisan teknikal,Penyediaan dan pemilihan bahan,Pengendalian mesin,pembinaan Kerangka,Pintu,laci, Pemilihan & pemasangan Hardware, lekapan,singki,dapur dan perkara berkaitan serta kemasiapan.
SUBJEK KEUSAHAWANAN
Motivasi Usahawan,Membina jaringan Pembekal,Membina jaringan rakan niaga,Lawatan Latihan asas perniagaan dan penyediaan rancangan pernigaan.
ELAUN
Elaun sebanyak RM 210 sebulan selama enam bulan.
KEMUDAHAN PENGINAPAN
Peserta yang tinggal diluar dari jarak 25km dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan asrama.
PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Secara “ module base”.Latihan berdasarkan 75% praktikal/amali (hands on) dan 25% teori.
SISTEM PENILAIAN
Berdasarkan kaedah keterimpalan
( Competency based education)
PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelatih yang tamat (terampil) akan mendapat Sijil kemahiran MARA (SKMA)